Kapal selam Titan yang hilang ketika dalam perjalanan ke lokasi serpihan Titanic.

OTTAWA – Pasukan mencari dan menyelamat kapal selam Titan yang hilang mendakwa mendengar bunyi dentuman yang dirakam pelampung sonar di tengah Lautan Altlantik.

Sudah tiga hari kapal tersebut hilang.

Operasi bawah air itu kini fokus menyiasat bunyi berkenaan namun setakat ini belum menemui apa-apa.

Dan dengan bekalan oksigen dijangka kehabisan kira-kira 10 GMT pada hari Khamis, beberapa jam seterusnya adalah kritikal kepada pasukan mencari.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat berkata, bunyi itu didengari pada selang setengah jam selama kira-kira empat jam pada hari Selasa, menurut laporan oleh beberapa saluran berita.

Namun, pakar laut berkata, sukar menentukan bunyi berkenaan tanpa melihat data.

Malah, Laksamana Muda John Mauger yang mengetuai pencarian itu mengesahkan sumber bunyi itu tidak diketahui.

Tetapi ada kemungkinan ia boleh menjadi bunyi pendek, tajam, frekuensi agak tinggi, datang dari dalam kapal tersebut.

Frank Owen, dari Institut Kapal Selam Australia, berkata, dia yakin bunyi itu datang dari dalam kapal berkenaan berdasarkan maklumat yang ada.

“Sekiranya terdapat selang 30 minit, ia tidak mungkin berkaitan dengan manusia,” katanya.

Kapal itu membawa lima individu termasuk ahli perniagaan British Hamish Harding, 58, ahli perniagaan Britain-Pakistan Shahzada Dawood, 48, anaknya Suleman, 19, dan Stockton Rush, 61, Ketua Eksekutif OceanGate, yang mengenakan sebanyak AS$250,000 bagi setiap orang. – Agensi