Lenggong memiliki bentuk muka bumi yang unik, meliputi bukit bukau, hutan, sungai dan tasik.

LENGGONG kini menjadi tumpuan komuniti aktiviti luar ke daerah yang terletak di Perak bagi menganjurkan pelbagai program kerana memiliki bentuk muka bumi yang unik meliputi bukit bukau, hutan, sungai dan tasik.

Faktor itu menjadi daya tambah kepada sektor pelancongan selepas sedekad sebelum ini diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Potensi Lenggong terus menonjol sebagai lokasi penggemar aktiviti luaran apabila buat pertama kalinya Kahf Lenggong Outdoor Festival 2023 (ODF23) yang berjaya mengumpulkan lebih 1,500 peminat dari seluruh negara dalam kalangan komuniti outdoor.

Penganjuran festival kali kedua yang dianjurkan ioleh Locco dan Majlis Daerah Lenggong diadakan di Resort Tasik Raban, Perak baru-baru ini.

Menurut Pengarah Program ODF23 yang juga Pengarah Bersama Locco, Shamsul Bahrin Zainuzzaman, pihaknya teruja untuk menganjurkan acara itu kerna berjaya menyatukan semua peminat aktiviti luar daripada lapisan masyarakat untuk belajar tentang kelestarian.

“Kemampanan bukan hanya mengenai tindakan individu sebaliknya tentang mencari cara untuk hidup dan bekerja tanpa mengabaikan alam sekitar. Ia adalah tentang menggunakan sumber dengan bijak, mengurangkan sisa dan melindungi sumber semula jadi kita.

“Menampilkan pelbagai aktiviti, pertandingan, perbincangan dan perkongsian ilmu, kami berharap untuk mula membuat perubahan kecil dalam kehidupan seharian.

“Kita boleh membuat perubahan melalui kesedaran dan usaha bersama-sama dengan semua peserta ODF23 bagu mewujudkan masa depan yang lebih mampan untuk diri kita sendiri dan untuk generasi akan datang,” katanya.

Sempena ODF23 itu, turut diadakan kempen ‘Total Clean-up Day @ Lenggong’ yang dilancarkan Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Potensi Lenggong terus menonjol sebagai lokasi penggemar aktiviti luaran.

Sementara itu, Pengurus Jenama Kahf, Billy Dharmawan turut berasa gembira dengan peluang untuk menyokong ODF23 sebagai bukti bahawa kami komited untuk menyokong kebaikan dan berusaha ke arah meninggalkan kesan sosial yang positif kepada peserta festival, alam sekitar dan komuniti ini secara amnya.

“Kahf adalah jenama penjagaan diri dan dandanan lelaki yang halal dan diilhamkan oleh alam semula jadi yang menawarkan pelbagai produk seperti pencuci muka, EDT, pelembap dan rawatan janggut.

“Dengan formulasi ringan dan imej yang moden untuk membangkitkan manfaat dari segi fungsi, emosi, dan rohani, jenama itu sentiasa berusaha untuk mengutamakan kualiti dalam menyokong gaya hidup aktif lelaki,” katanya.

Dalam pada itu, ODF23 turut melakar sejarah apabila disokong oleh lebih daripada 35 kumpulan komuniti dan penaja bersama iaitu ANBOT, HAUSBOOM, BOOM+, Lost World of Tambun dan Kembara Meals.

Rakan strategik lain termasuk RNR Adventures, Skycamp, Santrav, Rileklah, Pretty World, 30 Ascend, Project Vacation, Santrav, Tanjak, Decathlon dan Nomadism.

Lenggong menawarkan keindahan semula jadi kepada penggemar aktiviti luar.

Pada tahun ini, Canon Marketing Malaysia telah menjadi Rakan Pengimejan Rasmi untuk ODF23 untuk merakamkan pelbagai momen yang tidak dapat dilupakan peserta festival dan penonton.

Ia bagi merakam aktiviti yang disediakan termasuk perkhemahan, berkayak, stand up paddling, bridge appelling dan memanah.

Aktiviti merentas Desa turut diteruskan pada tahun ini dengan aktiviti lain yang baharu diperkenalkan iaitu ODF Ride, Lake Flying Fox, Flatland Skimboarding dan Tree Climbing.

Beberapa bengkel juga dijalankan antaranya handmade paracord, ultralite hiking, rope dan climbing, pembuatan sabun organik serta keselamatan air.

Bagi menyemarakkan lagi suasana hari dan malam semasa ODF23, sesi perkongsian dan forum berlangsung termasuk Cerita Kedai Kopi, Sembang Bawah Fly, kesedaran komuniti dan bengkel mengenai teknik berbasikal.

Para peserta juga dihiburkan dengan persembahan muzik santai pada waktu malam oleh gig dan pemuzik tempatan seperti Teman Lelaki, Cisco, Nami, The Mirza dan banyak lagi. – MalaysiaGazette