Muhammad Hilman (tengah) mahu mengubah persepsi kedai gunting rambut jalanan kepada konsep mewah selepas perasmian cawangan ketiga Hillmen Hairstudio di MITC, Melaka hari ini.

MELAKA – Biarpun beroperasi di bangunan rumah kedai, Hillmen Hairstudio memperkenalkan konsep ‘healing’ yang semakin menjadi pilihan masyarakat hari ini.

Pemiliknya, Muhammad Hilman Mohd Rosli, 26, berkata, konsep santai dan mewah diperkenalkannya di studio rambutnya itu bertujuan memberikan imej baharu terhadap kedai gunting rambut ‘jalanan’ di negara ini.

Menurutnya, ia juga sesuai dengan trend masyarakat hari ini yang mahu dilayan bak raja atau ratu tanpa perlu memikirkan kos yang terlalu tinggi untuk mendapatkan suasana baharu dalam kedai.

Muhammad Hilman Mohd Rosli

“Sebab itu di Hillmen, kita mahu ubah persepsi orang ramai mengenai kedai gunting rambut menjadikannya seperti jenama antarabangsa baik dari segi dekorasi kedai, perkhidmatan mahupun imej penggaya rambut kami.

“Uniknya di sini, sebaik sahaja duduk di kerusi gunting, pelanggan tidak perlu bangun untuk mendapatkan perkhidmatan pakar rambut kami sehingga selesai pada kadar bayaran bermula RM15 hinggalah ratusan ringgit,” katanya.

Hilman berkata demikian ketika ditemui media selepas majlis perasmian cawangan ketiga Hillmen Hairstudio yang diisempurnakan Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shii Chin di MITC, Ayer Keroh, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hilman berkata, dia turut bercita-cita menjadikan jenama itu setarat jenama lain sekaligus dapat mengangkat tugas penggaya rambut ke tahap yang lebih tinggi.

“Saya juga sebagai tukang gunting atau penggaya rambut mahu menjadikan kerja ini sebagai satu profesion yang boleh menjamin masa depan seperti doktor.

“Impian saya adalah mahu mewujudkan sebanyak mungkin peluang kerja profesional dalam kalangan anak-anak muda sebagai penggaya rambut ini di bawah platfom Hillmen sebagai tapak permulaan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette.

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast