Tempoh reman seorang ibu dan kekasihnya bersabit kes bunuh anaknya berusia tiga tahun di sebuah rumah di Taman Paya Emas Cheng, Melaka minggu dilanjutkan tujuh hari lagi oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh bermula hari ini.

MELAKA – Tempoh reman seorang ibu dan kekasihnya bersabit kes bunuh anaknya berusia tiga tahun minggu dilanjutkan tujuh hari lagi oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh bermula hari ini.

Perintah sehingga 19 Julai ini dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam terhadap wanita berusia 24 tahun itu yang juga ibu kandung mangsa dan teman lelakinya berusia 25 tahun.

Ia bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) kerana bunuh dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

Terdahulu wanita yang bekerja sebagai jurujual penapis air dan teman lelakinya yang bekerja sendiri dan memakai baju lokap warna jingga tiba dengan diiringi anggota polis. – MalaysiaGazette