Thursday, August 20, 2026
Home Sukan Pulisic pula tinggalkan Chelsea

Pulisic pula tinggalkan Chelsea

Christian Pulisic. Foto Sky Sports.

LONDON – Christian Pulisic muncul pemain terbaru yang meninggalkan Chelsea pada musim panas ini selepas melengkapkan perpindahan ke AC Milan.

Sebelum ini beberapa pemain senior seperti Mason Mount, Kai Havertz, Cesar Azpilicueta, Mateo Kovacic dan Kalidou Koulibaly yang meninggalkan Stamford Bridge pada musim panas di bawah pengurus baru, Mauricio Pochettino

Pulisic pula telah memeterai kontrak bersama kelab gergasi Serie A berkenaan sehingga 30 Jun 2027 dengan pilihan untuk melanjutkan setahun lagi.

Dia yang berusia berusia 24 tahun menghabiskan empat tahun di Stamford Bridge selepas tiba dari Borussia Dortmund pada 2019 dengan membuat 145 penampilan dan menjaringkan 26 gol buat The Blues.

Salah satu daripada gol itu ialah ketika menentang Real Madrid dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) 2021 untuk membantu Chelsea ke final.

Pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu juga memenangi Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab bersama The Blues pada musim berikutnya.

Pulisic yang telah membuat 60 penampilan untuk negaranya dan membantu mereka mara ke peringkat kalah mati Piala Dunia tahun lalu akan bergandingan dengan bekas rakan sepasukan di kelab London tersebut, Ruben Loftus-Cheek, yang menyertai Milan bulan lalu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast