KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel kekal tempoh 20 Julai 2023 hingga 26 Julai 2023.

Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempoh itu, harga runcit petrol RON97 ialah RM3.37 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette