KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengekalkan harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 27 Julai 2023 hingga 2 Ogos 2023.

Sepanjang tempoh itu harga petrol dijual pada harga RM3.37 seliter, RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, Kerajaan masih mengekalkan harga runcit petrol dan diesel sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata Kementerian Kewangan. – MalaysiaGazette