BUDAPEST – Juara Olimpik, Neeraj Chopra menepati ramalan apabila muncul atlet India pertama memenangi emas di Kejohanan Olahraga Dunia.
Dia mengenepi musuh ketatnya iaitu atlet Pakistan, Arshad Nadeem dalam acara merejam lembing dengan catatan 88.17 meter.
Chopra pernah memenangi emas Olimpik di Tokyo tetapi hanya meraih perak di kejohanan dunia di Eugene tahun lalu.
Nadeem yang baru pulih daripada kecederaan siku dan lutut memenangi perak dengan catatan terbaiknya musim ini, 87.87m, manakala atlet Republik Czech, Jakub Vadlejch meraih gangsa dengan catatan 86.67m
Seorang lagi atlet India yang pernah memenangi pingat di kejohanan dunia ialah Anju Bobby George yang memenangi gangsa acara lompat jauh wanita pada tahun 2003 di Paris. – Agensi