KUALA LUMPUR – Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak perlu mencampuri urusan parti lain khususnya UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Abdul Hadi tidak perlu mengarahkan ahli UMNO atas pagar untuk memberi undi kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Simpang Jeram.
“Tidak ada mana-mana ahli politik yang harus campur kepada hal ehwal mana-mana parti politik yang lain.
“Pada hemat saya, mana-mana tokoh politik eloklah jaga parti masing-masing. Biarlah kami jaga parti kami,” katanya kepada pemberita di Menara Mara, di sini, hari ini.
Semalam, Abdul Hadi ketika Ceramah Perdana PN DUN Simpang Jeram berharap ahli UMNO atas pagar supaya insaf dan sedar agar memberi mengundi calon PN di PRK DUN Simpang Jeram, Johor.
Abdul Hadi berkata, ini kerana mereka juga bertanggungjawab untuk menyelamatkan negara dan Islam.
Ahmad Zahid memberi jaminan UMNO akan kembali sebagai sebuah parti yang kuat dan mendapat kepercayaan rakyat khususnya jutaan ahlinya dalam Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
“Apa pun keadaannya, kita akan muncul dan memperkasakan parti ini, Insya-Allah.
“Kita akan lihat di dalam mana-mana PRK yang sedang berlaku atau Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan apatah lagi dalam PRU16 nanti,” katanya. – MalaysiaGazette
ZAHID HAMIDI berpenyakit KRONIK
dipersimpangan dan penghujung jalan
hilang ingatan hilang panduan
cakap MERAPU dan merepek
KENYATAAN:-
ZAHID menghina PN PAS
ZAHID mengutuk PN PAS
ZAHID meremeh PN PAS
ZAHID mahu ahli PAS menolak PAS
ZAHID mengadu domba pimpinan PAS
ZAHID mahu rakyat menolak PAS
ZAHID memfitnah PAS
SEKARANG:
ZAHID geram sebab PAS ajak akarumbi UMNO sokong PAS
ZAHID warning PAS jangan merayu akarumbi UMNO
ZAHID ZAHID….
kifarah insyaallah ada… Allah bayar cash di PRN 6 NEGERI.
masih sombong bongkak TIADA tanda insaf dan bersyukur… insyaallah Allah bagi sedikit RASA DIKERONGKONG cash di PRK Pulai kelak.
Jika hatinya telah hitam akalnya kelam insyaallah ada KIFARAH BERAT mungkin di PRU 16. hanya akarumbi UMNO dapat menyelamatkan Parti UMNO walau bukan untuk “PEMERINTAH”.
jika ZAHID HAMIDI menjadi Si KITOL maka berjuanglah akarumbi UMNO untuk menyelamatkan Parti dan bukan Si KITOL