MUAR – Gelombang hijau Perikatan Nasional (PN) akan terhenti setakat empat negeri kerana rakyat hari ini lebih bijak memilih untuk bersama 10 negeri di bawah Kerajaan Perpaduan.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keyakinan pembangkang untuk mengubah senario politik negara jika menang kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram adalah sifir yang tidak logik.
“Kalau mereka menang pun, yang saya kira mereka tak menang daripada (sekarang) 148 kerusi Parlimen, tolak satu, jadi 147, sedangkan nak memerintah kena ada 112 kerusi jadi, macam mana kiraan matematik mereka tu? Tak masuk akal.
“Kerusi (DUN) di Johor ini 56, hari itu (ketika PRU) kita (BN) menang 40. Lepas itu sekarang ini 53 (PH, BN, Muda), macam mana kalau ditolak (kalah) satu jadi 52 daripada 56 kerusi mereka boleh mengubah kerajaan negeri? Mereka ini kena masuk sekolah balik belajar matematik.
“Untuk empat negeri gelombang hijau itu mereka boleh mimpilah di situ (setakat itu). Saya kira rakyat cukup rasional untuk memilih kerajaan bukannya pembangkang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan ceramah kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Simpang Jeram di Taman Sri Kaseh malam tadi.
Hadir sama, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu yang mengadakan Ceramah Khas Membongkar Pembohongan Hadi Awang.
Mengulas lanjut, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata \, dua kerusi Pulai dan Simpang Jeram perlu dalam Kerajaan Perpaduan di bawah Pakatan Harapan dan BN (PH-BN) supaya setiap aduan rakyat dapat diselesaikan dengan mudah.
“Sebenarnya, pengundi Pulai dan Simpang Jeram sangat mudah untuk buat pilihan kerana mereka tidak mendapat apa-apa faedah pun jika bersama PN dalam pembangkang,” katanya. – MalaysiaGazette
Ahmad Maslan ni sekolah ke tidak? Bacalah sejarah politik DAP dari PRU pertama hingga sekarang…. jika dikatakan mimpi.. ya baguslah insyaallah PN PAS melebarkan MP dan ADUN kelak. Ahmad Maslan jangan banyak tidur untuk bermimpi pulak lepas ni..