STR
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Golongan pelajar juga mempunyai peranan dalam menjawab fitnah dan salah faham yang sengaja dilemparkan terhadap kerajaan.

Peranan itu bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata, tegas , kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Saya harap sementara ini adik-adik, bangkit semangat baru. It’s your role. Apa sebab komunikasi kerajaan sahaja? You kena jawab, apakah itu majlis maksiat atau tidak. Apakah tak boleh seorang perdana menteri hadir ke majlis kebudayaan?

“Apakah di Malaysia macam Hari Kebangsaan macam tarian-tarian Cina, Tamil, Dayak, Kadazan yang tak sama dengan pakaian Islam, adakah tidak boleh?

“Jika anda fikir tak boleh, ok, awak boleh support mereka. Jika kamu kata boleh, Syed Ali kamu kena panggil kawan-kawan, ribuan tolong terangkan yang betul dan pertahankan yang benar,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata demikian semasa sesi soal jawal dalam program Temu Anwar yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia hari ini.

Beliau menjawab soalan Syed Ali pelajar Tingkatan 6 dari Johor Bahru yang menyatakan terdapat kelemahan jentera kerajaan termasuk Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dalam memberi penerangan kepada rakyat.

Sementara itu Anwar berkata, beliau turut menjadi bahan fitnah berkaitan kehadirannya dalam sebuah konsert baru-baru ini.

“Saya pergi konsert, saya tengok program itu (ada) Amy Search, Misha Omar, Siti Nurhaliza. Lepas itu ada band budak-budak muda. Kita pergi kerana dia buat amal kebajikan.

“Habis penyanyi utama tinggal band anak-anak muda. Dia beritahu saya ‘Datuk Seri kalau nak balik sekarang boleh’.

“Saya terfikir, saya ini orang tua, anak-anak muda hormat perdana menteri datang. Tapi bila nak main perdana menteri balik. Saya fikir balik karang, apa pula anak-anak ini fikir,” katanya.

Anwar berkata, beliau kemudian berbincang dengan isterinya Datin Seri Dr. wan Azizah Wan Ismail dan bersetuju untuk menunggu hingga kumpulan anak muda itu tamat membuat persembahan.

Katanya, majlis itu tidak menghidangkan arak dan acara maksiat seperti berpeluk dan bercium.

“Inilah yang jadi di TikTok sekarang. Saya cuma nak kata, okey, awak makilah saya banyak mana pun, besok kalau ada muzik macam tu melompat, saya pun akan melompat sikit. I don’t care. Understand.

“Melainkan kalau majlis ada minum arak, pukul orang, lompat cium-cium, saya tak buatlah.

Meraikan budaya, saya kata kadang-kala bukanlah sesuai sangat, tapi kita ini cepat sangat ‘sebagai perdana menteri madani’ tak boleh pergi ke konsert maksiat’. Saya tak tahu kat mana maksiat dia,” kata Anwar.-MalaysiaGazette