Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menempelak Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa mengeluarkan ‘fatwa’ haram memberi undi kepada calon Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil di Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat pada 9 September ini.

Naib Presiden UMNO itu berkata, lain kali Malaysia bukan sahaja tidak perlu melakukan pilihan raya, malah tidak payah memanggil Parlimen bersidang.

“Wah, dia lah org politik, dia lah mufti”,” tempaknya.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional yang memfatwakan hukum itu semasa memberi ceramah di Nusa Bestari, Johor Bahru malam tadi

Kata Muhyiddin, ia membuat ‘fatwa’ itu agar PH tewas dan memberi isyarat kepada kerajaan yang didakwa tidak peduli akan nasib rakyat.

“Jangan bagi satu undi. Saya bagi hukum haram. Ada esok cabar saya ikut fatwa mana. Tak boleh kerana situasi yang sudah berlaku sekarang sembilan bulan sudah berlalu. Ujian.

“Macam soal kenaikan harga. Sebab itu waktu PRK kita tunjukkan kepada Anwar Ibrahim bahawa kami di Pulai akan tentang habis-habis Anwar Ibrahim dan tidak akan beri satu undi kepada pihak, parti yang menentang saudara Zulkifli (Jaafar). boleh atau tidak?” kata Muhyiddin. – MalaysiaGazette