KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat hari ini mewajibkan kesemua 222 ahlinya untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan secara tetap, syor Yang di-Pertuanya, Tan Sri Johari Abdul.
Johari berkata, sasanan itu disebabkan terdapat 11 Ahli Parlimen yang rebah dalam masa 15 tahun ketika sidang Dewan Rakyat berlangsung.
“Saya telah menyarankan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap dibuat ke atas semua Ahli-Ali Dewan Rakyat bagi memastikan pemantauan kesihatan yang berterusan dibuat demi memastikan tahap kesihatan yang baik,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Katanya, surat pelaksanaan pemeriksaan kesihatan telah dipanjangkan kepada semua Ahli Parlimen semalam.
Tambah Johari, pemeriksaan kesihatan itu boleh dibuat di Klinik Kesihatan Parlimen atau di mana-mana fasiliti kesihatan awam mahupun swasta.
“Pemeriksaan kesihatan ini wajib dijalani oleh semua ahli Parlimen dan tarikh akhir untuk menjalankan pemeriksaan kesihatan tersebut pada Selasa, 31 Oktober 2023.
“Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pemeriksana ini bolehlah dimajukan kepada Ketua Klinik Kesihatan Parlimen, Datuk Dr Muru,” katanya lagi. – MalaysiaGazette