Pemilik kedai makan yang didakwa mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut di medan selera di Johor Bharu.
KUALA LUMPUR  – Pemilik kedai makan yang didakwa mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut di medan selera di Johor Bharu tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan tersebut.

Menerusi hantaran Facebook milikn= anak, wanita itu menjelaskan isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi iaitu Ekin Rahmat datang bersama hampir 20 ahli keluarga yang lain ke kedainya.

Difahamkan, mereka datang ke gerai nombor 14 di sebuah medan selera tersebut pada petang Sabtu lalu.

“Makcik owner (pemilik) gerai nombor 14. Tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.

“Pada hari Sabtu 30 September, waktu petang, mereka telah datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak,” jelasnya.

Semalam, Ekin meluahkan rasa terkejut apabila dicaj RM1,260 untuk hidangan makanan laut di sebuah restoran.

@malaysiagazette

Pemilik kedai tampil menjawab bil RM1260 itu adalah untuk 20 orang makan termasuk kanak-kanak. #malaysiagazette #viral #hargamakanan #mawiekin #fyp

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

Malah, dia juga berkongsi resit harga termasuk menyatakan dia hanya memesan dua ekor ikan dan beberapa menu makanan laut lain.

Pada masa sama, Ekin juga menjelaskan dia tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan kedai terbabit.

Sebaliknya, tujuannya berkongsi adalah untuk mendapatkan respons netizen.

Bagaimanapun, pemilik kedai berkenaan memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin dan hampir 20 ahli keluarganya yang lain.

Menerusi perincian tersebut, Ekin dan keluarganya telah membuat pesanan ikan pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong.

Pada penghujung video tersebut, pemilik kedai tersebut mengatakan dirinya bersedia untuk bertemu dengan pasangan selebriti terbabit sekiranya mereka masih belum jelas mengenai harga yang dikenakan. – MalaysiaGazetete

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast