KUALA LUMPUR – Kerajaan masih mengekalan arga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter bagi tempoh 12 Oktober 2023 hingga 18 Oktober 2023.
Begitu juga dengan harga runcit petrol RON95 dan diesel, masing-masing kekal pada paras RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
Kementerian Kewangan berkata, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette