KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu digesa untuk meletak jawatan kerana gagal menangani isu bekalan telur mentah dan beras putih tempatan.

Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Zulkafperi Hanapi berkata, seorang pemimpin parti bukan kriteria pemimpin cemerlang menerajui sebuah kementerian.

“Ketua parti bukanlah kriteria yang melayakkan secara automatik untuk diangkat sebagai menteri, ini jelas dengan kegagalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan yang kelihatan dipandu dan memandu kementerianya.

“Ini terserlah dengan isu telur dan sekarang isu bekalan beras putih tempatan.

“Jadi saya mohon menteri (Ahli Parlimen) Kota Raja untuk meletakan jawatan menteri ataupun PM perlu menggantikan beliau dengan seorang yang lebih kelayakan bagi menerajui kemeterian penting ini dan menyelesaikan isu makanan rakyat,” katanya.

Belau menyatakan demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023 di Dewan Rakyat, hari ini. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Tanjung Karang bercakap tanpa mengkaji fakta yg semua kerosakan Dan malapetaka sekarang ini adalah warisan atau tinggalan PN yg memerintah selama 3 tahun.
    Menteri sekarang yg settled isu telur, la ni dia juga yg bakal selesaikan isu beras.
    tahniah Menteri!

Comments are closed.