Gambar hiasan

MELAKA – Seorang lagi mangsa tragedi lemas di pantai Kem Terendak, Sungai Udang di sini pada 13 Oktober lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka (HM) malam tadi.

Mangsa, Mohamad Lukhman Aliff Mokhtar, 16, adalah rakan baik kepada Faris Darwisy Mohd Faizal, 16 yang meninggal dunia dalam kejadian Jumaat lalu ketika cuba menyelamatkan teman sekelasnya itu.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Mohamad Lukhman yang juga anak kepada seorang di Balai Polis Banda Hilir dikejarkan ke Bahagian Kecemasan HM pada kira-kira pukul 8.40 malam 13 Oktober lalu untuk rawatan lanjut.

“Sepanjang dirawat, arwah mendapat bantuan pernafasan namun pemeriksaan secara berkala mendapati arwah dipercayai lemas dan mengalami brain death akibat kekurangan oksigen.

“Doktor bertugas kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia pukul 8 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, jenazah akan dibawa ke Pasir Mas, Kelantan untuk dikebumikan.

Pada 13 Oktober lalu, media melaporkan Faris Darwisy lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya yang hampir lemas di Pantai Mutiara, Kem Terendak, Sungai Udang kira-kira pukul 6.30 petang.

Mangsa tiba di pantai berkenaan bersama 14 pelajar dan dua guru sekolah berkenaan pada pukul 4.30 petang untuk majlis perpisahan guru pelatih. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Remaja mati lemas di Pantai Mutiara ditemui

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast