Seorang lelaki maut selepas kereta dipandu terbabas ke dalam longkang besar dalam insiden di hadapan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Jalan Durian Daun, Melaka malam tadi.

MELAKA – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam longkang besar di hadapan Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perempuan Melayu, Jalan Durian Daun di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, dalam kejadian 8.50 malam itu, Tey Shen Hao, 26, yang tidak bekerja maut di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta jenis Proton Saga dipandu mangsa dari arah pusat bandar menuju Bukit Baru hilang kawalan sebaik tiba di lokasi.

“Akibatnya, kereta berkenaan terjunam ke dalam longkang di hadapan IPG menyebabkan pemandunya maut di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Christopher, mayat di bawa ke Unit Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.

“Setakat ini, tiada saksi tampil memberi keterangan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast