Kerosakan bumbung tujuh blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Batu Berendam, di sini, akibat ribut petang Sabtu lalu akan dibaiki melibatkan peruntukan segera RM100,000.

MELAKA – Kerosakan bumbung tujuh blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munshi Abdullah, Batu Berendam, di sini, akibat ribut petang Sabtu lalu akan dibaiki melibatkan peruntukan segera RM100,000.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kerja-kerja pembaikan akan bermula hari ini oleh kontraktor dilantik Kementerian Pendidikan (KPM) yang meluluskan bantuan segera itu.

“Susulan kerosakan akibat ribut, untuk minggu ini sesi pembelajaran pelajar Tingkatan 1,2,3 dan 4 diadakan secara bergilir mengikut sistem Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR).

“Hanya sesi pembelajaran untuk untuk pelajar Tingkatan 5 dan 6 diadakan di sekolah berjalan seperti biasa secara bersemuka,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sabtu lalu, media melaporkan kejadian ribut kira-kira jam 2.30 petang mengakibatkan tujuh blok bangunan sekolah berkenaan yang menempatkan pejabat pentadbiran, bilik guru dan lapan kelas mengalami kerosakan lebih 80 peratus.

Rahmad yang turut melakukan tinjauan di lokasi berkata, selain struktur bumbung tercabut dan diterbangkan angin, bencana itu juga merosakkan sistem pendawaian.

Menurutnya, kerja-kerja pembaikan dijangka mengambil masa dua bulan dan pihak sekolah akan mengadakan kelas sesi pagi dan petang bagi pelajar di kelas yang terjejas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast