Tertuduh, Liang Sing Kup, 82, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh, hari ini atas pertuduhan mencabul wanita berusia 50 tahun di sini bulan lalu.

MELAKA – Seorang warga emas berusia 82 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, Ayer Keroh, di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul wanita berumur 50 tahun di sini bulan lalu.

Tertuduh, Liang Sing Kup, 82, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Khairunnisak Hasni.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah menggunakan kekerasan jenayah terhadap Teng Mee Cheng, 50, dengan cara meraba tangan, memeluk badan serta memegang kepala dengan niat hendak mencabul kehormatannya.

Perbuatan itu dilakukan di pejabat majikan di Jalan Merdeka, Taman Melaka Raya, Banda Hilir dalam daerah Melaka Tengah di sini kira-kira pukul 3.50 petang 11 September lalu.

Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wardah Ishar manakala tertuduh diwakili peguam A Renganathan Abdullah.

Selepas mendengar hujahan kedua belah pihak, Majistret Khairunnisak membenarkan tertuduh dijamin RM3,000 dan menetapkan 7 Disember ini sebagai sebutan semula kes. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast