SPRM Melaka

MELAKA – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu nilai dua pacuan empat roda (4X4) berjumlah hanya puluhan ribu ringgit.

Pengarah SPRM Melaka, Mohd Shahril Che Saad berkata, suspek lelaki berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira 2.15 petang tadi di pejabat SPRM Melaka di Alai.

Menurutnya suspek dipercayai mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu iaitu Surat Penilaian Harga Kenderaan daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka bertarikh 19 April 2021 melalui Resolusi Pekeliling bertarikh 26 Mei 2021.

“Surat itu bagi dua buah kenderaan pacuan empat roda (4X4) iaitu Toyota Fortuna 2.5G dan Toyota Hilux 2.5G untuk tujuan pelupusan yang mana harga nilaian lebih rendah daripada nilai sebenar dikeluarkan JKR Melaka.

“Tindakan itu bagi mengelirukan ahli lembaga syarikat yang akhirnya memberi faedah kepada suspek dengan membeli kenderaan tersebut pada harga jauh lebih rendah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, suspek akan dituduh di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini esok di bawah Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast