Puluhan ribu berhimpun di Washington mendesak gencatan senjata

WASHINGTON – Ibu negara Amerika Syarikat menyaksikan protes terbesar anti perang yang sedang berlaku di Gaza.

Puluhan ribu berhimpun di kawasan berhampiran pusat pentabiran Amerika Syarikat, White House menuntut gencatan senjata segera Semenanjung Gaza.

Penunjuk perasaan turut mendesak supaya pentadbiran Amerika Syarikat di bawah Joe Bodin menamatkan bantuan kewangan dan ketenteraan kepada Israel.

Penceramah yang mengetuai orang ramai di atas pentas dengan melaungkan “Bebaskan, bebaskan Palestin! Bebas, bebaskan Palestin!” dan “Gencatan senjata sekarang!”.

Tidak kurang juga ramai juga mengecam Presiden Joe Biden atas sokongan padu terhadap Israel untuk ‘mempertahankan diri’.

“Biden, Biden, kamu tidak boleh bersembunyi; kami mendakwa anda dengan pembunuhan beramai-ramai,” laungan penunjuk perasaan pada hari Sabtu.

Kanak-kanak, remaja, orang dewasa dan warga emas yang hadir kelihatan memakai kaffiyeh yang merupakan simbol kepada Palestin.

Orang yang tidak dikenali yang lalu di kaki lima membuat tanda damai “V” dan berkata antara satu sama lain, “bebaskan Palestin”.

Ketika acara berakhir, satu kumpulan membentangkan skrol kertas panjang yang menyenaraikan lebih 9,000 nama rakyat Palestin yang telah terbunuh akibat serangan Israel.

Satu barisan keranda tiruan yang panjang turut dipamerkan yang dibalut dengan bendera Palestin.

Perhimpunan itu disokong oleh pelbagai gabungan termasuk kumpulan hak asasi Palestin, penyokong antiperang dan iklim, pertubuhan anti-Zionis Yahudi, kumpulan hak Orang Asli dan pertubuhan keadilan perkauman.