PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pihak pembangkang agar berbincang dengan cara yang baik berhubung isu permohonan peruntukan kawasan.
Beliau berkata, ahli Parlimen pembangkang juga diingatkan agar tidak angkuh apabila perbincangan antara kerajaan dengan pembangkang dilakukan kelak.
“Bincang dengan baik, jangan sombong,” katanya kepada pemberita di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini hari ini.
Isnin lalu, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa kerajaan menggalakkan rasuah dengan meletakkan syarat terhadap peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Pada masa sama, Shahidan turut mempersoalkan kewajaran peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang disyaratkan.
Shahidan juga berkata, Perikatan Nasional (PN) sudah mengadakan rundingan membabitkan peruntukan ahli Parlimen pembangkang sebanyak dua kali.
Malangnya kata beliau jawapan yang diterima pihaknya apabila kerajaan menetapkan beberapa syarat ketat termasuk memberi sokongan sehingga habis penggal,. – MalaysiaGazette