Ramanan Ramakrishnan bercakap pada sidang media di ibu pejabat Bank Rakyat, di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Bank Rakyat menyasarkan pembiayaan mikro berjumlah kira-kira RM50 juta seperti tahun lepas kepada usahawan dan perusahaan mikro sepanjang tahun ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, inisiatif pembiayaan mikro itu merupakan sokongan berterusan Bank Rakyat terhadap sektor perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Menurutnya, pembiayaan mikro Bank Rakyat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengantarabangsakan PMKS sebagai agenda utama transformasi ekonomi negara menerusi inisiatif Ekonomi Madani.

“Bank Rakyat telah menyalurkan pembiayaan mikro berjumlah lebih RM50 juta kepada 1,856 usahawan dan perusahaan mikro sepanjang tahun 2023.

“Usaha ini dapat dilihat menerusi penyaluran pembiayaan mikro Bank Rakyat berjumlah RM43.5 juta kepada perusahaan bumiputera.

“Manakala masyarakat Cina menerima pembiayaan sebanyak RM5.4 juta dan India sebanyak RM1.04 juta,” katanya ketika menghadiri sidang media bagi sesi taklimat khas di ibu pejabat Bank Rakyat, hari ini.

Katanya, komitmen Bank Rakyat membantu lebih ramai usahawan dan perniagaan berskala kecil dan sederhana mampu merealisasikan aspirasi kerajaan untuk membasmi miskin tegar.

Selain itu, dapat mempertingkatkan daya saing perusahaan PMKS menerusi manfaat pembiayaan daripada dana yang diperuntukkan oleh kerajaan melalui agensi-agensinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast