KUALA LUMPUR – Tourism Malaysia mengucapkan tahniah atas pelantikan Manoharan Periasamy sebagai ketua pengarah baharu.
Ucapan itu dimuatkan di laman Facebook Tourism Malaysia, sekali gus menjawab segala desas-desus siapakah yang akan menggantikan Datuk Dr Ammar Abd Ghapar yang telah diturunkan pangkat.
“Setinggi-tinggi tahniah Encik Manoharan Periasamy atas pelantikan sebagai ketua pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia,” kata Tourism Malaysia bersama Lembaga Pengarah Pengurusan & Kakitangan.
Untuk makluman, Manoharan merupakan Pengarah Kanan Promosi Antarabangsa bagi Rantau Asia dan Afrika.
Artikel berkaitan: Mas Ermieyati kecewa pemecatan Ammar
Pemecatan Dr Ammar tanpa sebab perkara serius kepada penjawat awam
Pemberhentian Ammar kerana prestasi bukan konflik dengan menteri – Sumber
Mana ada pecat? Saya cuma turun pangkat Ammar kerana prestasi kerja – King Sing
Cukuplah Ammar, turun pangkat itu ikut proses – King Sing
Sebelum ini, Lembaga Pengarah Tourism Malaysia menyokong penuh hala tuju Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang melakukan perubahan dalam Tourism Malaysia Dr Ammar Abd Ghapar, diturunkan pangkat kerana prestasi tidak memuaskan.
Dalam satu kenyataan, lembaga pengarah itu berkata, terdapat keperluan untuk sektor pelancongan melakukan perubahan ketara terutama dari segi kaedah mempromosi produk pelancongan negara.
Baru-baru ini, ada pihak tampil menyoal tindakan Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung penamatan perkhidmatan Ammar sebagai Ketua Pengarah yang berkuat kuasa semalam. – MalaysiaGazette