Badrul Jamili Kamaruddin

KUANTAN – Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Dapur Infaq Ummah  meneruskan khidmat amal menyediakan makanan percuma kepada golongan rentan sekitar Jalan Wong Ah Jang di sini sepanjang bulan Ramadan.

Kali ini is memasuki tahun pada Ramadan kali ini.

Pengasasnya, Badrul Jamili Kamaruddin berkata, sebanyak 1,500 bungkusan makanan percuma disediakan setiap hari kepada golongan memerlukan di daerah ini.

Meskpun berlaku peningkatan kos penyediaan sebanyak 20 peratus, pihaknya tidak berputus asa dalam mencari penyumbang dana bagi terus melaksanakan program itu.

“Walau pun ada sedikit kenaikan kos bahan mentah 20 peratus tetapi berkat kesabaran masih ada penyumbang sudi menyumbang membolehkan kita terus membantu golongan rentan.

“Sekurangnya-kurangnya kita belanjakan RM9,000 sehari bagi menyediakan 1,500 pek makanan, ” katanya. 

Tahun ini  agihan dimulakan setiap hari pukul 5 petang dan diselaraskan di Pusat Prihatin Pahang di Jalan Wong Ah Jang dan turit mendapat kerjasama lapan NGO lain.

Selain itu pihaknya juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai sama ada sahaja berbentuk kewangan tetapi bahan mentah seperti  beras, santan dan minyak masak.

“Bukan sahaja makanan percuma kepada golongan rentan tetapi semua lapisan masyarakat yang memerlukan di sekitar daerah ini menerima maanfaat tanpa mengira kaum.

“Kita cuba sajikan yang terbaik di mana setiap hari kita menyediakan minuman, nasi dengan lauk berbeza setiap hari,” katanya.

Sumbangan daripada orang ramai boleh dibuat melalui akaun Bank Islam 06082010034591 atas nama Pertubuhan Dapur Infaq Ummah Kuantan atau menghubungi talian 0168841894. – MalaysiaGazette