KUALA LUMPUR – Suspek lelaki yang sedang diburu polis selepas melepaskan tembakan dengan mensasarkan isterinya di Balai Ketibaan Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada awal pagi semalam sudah ditahan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini mengesahkan suspek, Hafizul Harawi, 38, ditangkap di Kota Bahru Kelantan.
Namun, belum tidak memaklumkan lokasi tepat penahanan suspek tersebut.
“Ya, saya sahkan, suspek baru ditangkap jam 3 petang tadi di Kota Bharu di Kelantan jam 3 petang tadi (Isnin).
“Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman atau Ketua Polis Negeri dalam masa terdekat,” katanya tanpa mengulas lanjut.
Artikel berkaitan: Pengawal peribadi parah ditembak di Balai Ketibaan KLIA
Terminal 1 KLIA selamat, penumpang usah bimbang
PDRM Ketatkan Kawalan Keselamatan di KLIA 1
Kes tembak KLIA: Suspek guna pistol semi automatik dari negara jiran – Razarudin
Suspek mahu tembak isteri ada tiga jenayah lampau
Suspek cuba tembak isteri diminta serah diri segera
Isteri suspek lepas tembakan enggan buat sebarang kenyataan
Isteri pengawal peribadi terkejut suami terkena tembakan
Semalam, Razarudin memaklumkan foto wajah suspek itu telah diedarkan ke sempadan negara dan di negara jiran untuk menjejaki suspek yang diyakini masih berada di Malaysia.
Dalam kejadian 1.20 pagi semalam, suspek telah membaling mercun mencederakan dua awam di Balai Ketibaan Terminal 1 sebelum menghampiri isterinya yang dikawal dua pengawal peribadi lalu melepaskan dua das tembakan ke arah wanita itu.
Salah satu das telah terkena perut pengawal peribadi isterinya sebelum suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang meninjau lokasi kejadian berkata, punca suspek bertindak demikian dipercayai kerana dendam dan agenda peribadi. – MalaysiaGazette