Foto: JBPM
KUALA LUMPUR – Sebuah rumah musnah dijilat apa dalam di Kampung Pertama, Permatang Pauh, Pulau Pinang awal pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 4.22 pagi.
Komander Operasi diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Azahari Ahmad berkata, kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat jenis Kelas B yang berkeluasan 50×60 kaki persegi dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran semasa sebanyak 80 peratus.
“Seramai 22 orang anggota Bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti, Bandar Perda, Perai, Kepala Batas digerakkan ke lokasi kejadian bersama dengan 2 jentera FRT, LFRT, dan ‘Water Tanker’,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Menurut Azahari, pihak bomba berjaya memadam kebakaran pada jam 5.07 pagi dan tamat operasi kira-kira jam 4.45 pagi.
Tambah beliau, tiada mangsa yang terlibat dalam kebakaran tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast