Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid.

KUALA LUMPUR – Satu Muktamar Masjid SeMalaysia untuk Al Aqsa akan dianjurkan di sini pada 21 Ogos ini sempena peringatan Hari Masjid Sedunia.

Muktamar tersebut dianjur Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bersama beberapa pihak lain iaitu Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al Aqsa dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia .

Pihak penganjur juga sedang berusaha mendapatkan kerjasama dengan pihak agensi kerajaan lain, kata kenyataan bersama Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid, Pengerusi Aliansi Masjid Sedunia Mempertahankan Al Aqsa, Datuk Seri  Ahmad Awang dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia, Datuk Abdul Ghani Samsudin hari ini.

“Kami juga menjemput untuk pihak NGO dan syarikat korporat untuk turut bekerjasama menjayakan muktamar yang julung kali diada di negara ini,” ujarnya.

Tarikh 21 Ogos dipilih kerana pada tarikh yang sama tahun 1969 Masjid Al Aqsa telah cuba dibakar oleh seorang zionis nasrani dari Australia membakar Masjid Al Aqsa.

Mengikut rekod sepertiga masjid yang merupakan kiblat pertama umat Islam itu telah terbakar yang memusnahkan mimbar Salahuddin Al Ayubi.

Pada hari itulah setelah diusulkan oleh Iran, ia diisytihar oleh OIC sebagai Hari Masjid Sedunia,

Muktamar Masjid SeMalaysia sempena Hari Masjid Sedunia pada 21 Ogos nanti akan mengambil semangat membebas dan mempertahan Masjid Al Aqsa.

Wakil Masjid Al Aqsa, Imam Masjid Gaza dan Imam Masjid Ibrahimi akan diundang untuk berucap.

“Tujuan Muktamar Masjid SeMalaysia ini adalah untuk menyatukan umat , memperkasa Masjid dan meningkat kesedaran mengenai status Masjid Al Aqsa.

“Ia juga diharap akan meningkat dan melonjakkan kesedaran dan keprihatinan umat Islam bahawa swlagi Masjid Al Aqsa tidak dibebaskan selagi itu Palestin tidak merdeka dari penjajahan Israel,” katanya.

Muktamar  juga akan mengangkat persoalan 1,000 masjid di Gaza telah dibom sejak 7 Oktober 2023 oleh penjenayah Israel yang disokong sepenuhnya oleh Amerika Syarikat.

Dijangka 1000 wakil masjid dan NGO serta para ulama dan pemerhati dari beberapa negara akan hadir dalam muktamar yang sama.

Resolusi dari muktamar akan diedarkan ke seluruh 6,800 masjid di seluruh negara untuk mereka berperanan menyumbang kepada perjuangan mempertahankan Al Aqsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast