US Vice President and Democratic presidential candidate Kamala Harris and Second Gentleman Doug Emhoff acknowledge the crowd before Harris spoke at her campaign headquarters in Wilmington, Delaware, on July 22, 2024. - Harris on Monday compared her election rival Donald Trump to "predators" and "cheaters," as she attacked the first former US leader to be convicted of a crime. (Photo by Erin SCHAFF / POOL / AFP)

TEL AVIV – Keputusan Joe Biden untuk menamatkan kempen presidennya dan menyokong Kamala Harris boleh mencipta sejarah Yahudi Amerika Syarikat (AS) jika Harris dicalonkan dan menang.

Ini kerana beliau dan suaminya Doug Emhoff mungkin bakal menjadi pasangan Yahudi pertama di White House.

Sejak Haris menjadi Naib Presiden pada tahun 2021, Emhoff mengutamakan aspek Yahudi seperti menyalakan menorah di kediaman rasmi hingga kepada tumpuan terhadap antisemitisme dan peringatan Holocaust.

“Saya tidak menyedari betapa besarnya ia bukan sahaja kepada komuniti Yahudi dan komuniti kepercayaan tetapi kepada diri saya sendiri.

“Ia sebenarnya mendorong saya lebih dekat kepada iman. Ia telah membuka mata saya kepada banyak perkara,” kata beliau pada 2022 seperti dilaporkan oleh The Times of Israel.

Pasangan kepada presiden mengambil tempat yang lebih menonjol di mata umum dan dijangka memilih satu set isu untuk diberi tumpuan.

Isteri Joe Biden, Jill misalnya telah memberi tumpuan kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan serta menyatukan rakyat AS.

Donald Trump, yang bertanding untuk satu penggal lagi, juga mempunyai ahli keluarga terdekat Yahudi iaitu anak perempuannya Ivanka yang berkhidmat sebagai penasihat semasa pentadbirannya.

Sebagai suami Naib Presiden AS, Emhoff telah berada di hadapan dalam usaha pentadbiran Biden untuk memerangi antisemitisme termasuk mendedahkan rancangan nasionalnya mengenai isu itu tahun lepas.

Pada 2022, beliau mempengerusikan meja bulat pertubuhan Yahudi untuk membincangkan antisemitisme yang semakin meningkat dalam beberapa bulan sejak meletusnya perang Israel-Hamas pada 7 Oktober.

Pada April, beliau mempengerusikan bersama mesyuarat pemimpin Yahudi untuk membincangkan sokongan Biden terhadap Israel dalam perang.

Pada 2023, Emhoff melakukan lawatan kerja selama lima hari ke tapak warisan Holocaust dan Yahudi di Jerman dan Poland bersama Deborah Lipstadt, utusan antisemitisme Jabatan Negara.

Mereka melawat Auschwitz-Birkenau, bertemu dengan mangsa Holocaust yang terselamat dan pemimpin Yahudi dan melawat kampung nenek moyang Emhoff di Poland, Gorlice.

Tahun lepas, tetamu Emhoff di Biden’s State of the Union adalah Ruth Cohen, mangsa Holocaust yang terselamat.

Tahun ini, beliau bercakap pada majlis pecah tanah untuk rumah ibadat Tree of Life baharu di Pittsburgh, tapak serangan antisemitik terburuk dalam sejarah AS.

Emhoff dan Harris menyalakan menorah di kediaman rasmi naib presiden setiap tahun.

Tahun lepas, mereka menyalakan tiga menorah, satu direka oleh mangsa Holocaust yang terselamat, satu diselamatkan daripada komuniti yang dimusnahkan oleh Nazi dan satu yang dipinjamkan dari sinagog Tree of Life.

Emhoff dan Harris berkahwin pada 2014 ketika Harris menjadi peguam negara California.

Anak-anak mereka yang dewasa merujuk Harris sebagai “momala,” istilah yang diumpamakan oleh sesetengah orang Yahudi dengan “mamaleh” Yiddishisme.

Untuk rekod bukan menjadi satu rahsia bahawa kebanyakan pemimpin AS pro-Israel dengan sebahagian besar mendapat dana daripada pertubuhan Yahudi yang berkuasa menentukan kepmpian AS iaitu Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel Amerika (AIPAC).- Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast