Siti Saleha sudah bertunang dengan Joshua Fitton.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Siti Saleha mengesahkan sudah bertunang dengan seorang pereka fesyen ternama tempatan, Joshua Fitton selepas hampir dua tahun menjalin cinta.

Siti Saleha membuat pengumuman tersebut secara spontan tanpa berbincang dengan bakal suami semasa Kuala Lumpur Fashion Awards (KLFA) 2024 semalam.

“2024 sangat bagus dan kami sudah bertunang. Saya terbuka mengenai perkara tersebut. Awak nampaknya tidak bersedia dengan pengumuman tersebut,” katanya kepada Joshua sambil ketawa.

Foto IG Siti Saleha.

Berita gembira itu dikongsikan selepas seorang hos majlis mengajukan soalan tentang kehidupan sepanjang tahun 2024.

Sebelum ini, aktres jelita itu memperkenalkan kekasih berdarah kacukannya kepada umum pada Disember 2022.

Siti Saleha pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmad Lutfi Azhar, 36, namun perkahwinan mereka hanya bertahan selama empat tahun dan tidak dikuniakan cahaya mata.
September lalu, hasil lakonan hebat dalam drama SeOfis, dia dinobatkan sebagai pemenang trofi Bintang Asia Terbaik pada majlis Anugerah Drama Antarabangsa Seoul 2024.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast