Empat kru sebuah kapal pukat tunda berdepan detik cemas apabila bot tunda mereka mengalami kerosakan dan hampir karam di Pekan malam tadi.

KUANTAN – Empat kru sebuah kapal pukat tunda berdepan detik cemas apabila bot tunda mereka mengalami kerosakan dan hampir karam malam tadi.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Mazlan Mat Rejab berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian bot dipukul ombak sehingga terkandas itu berlaku berhampiran Pantai Lagenda, Pekan.

“Sebaik menerima laporan tersebut, bot ronda PENGGALANG 19 telah diatur gerak ke lokasi tersebut namun bot tidak dapat ke lokasi kejadian akibat cuaca buruk.

“Pada pukul 12.30 malam tadi, MRSC Kuantan menerima makluman daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Pekan mangsa-mangsa telah berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa telah diselamatkan melalui jalan pantai berikutan jarak lokasi bot tunda yang terkandas adalah berhampiran pesisir pantai.

Tambah Mazlan, tiada sebarang kecederaan berlaku ke atas semua kru bot berusia 19 sehingga 51 tahun yang terdiri daripada 3 warganegara Indonesia dan seorang rakyat tempatan itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast