Gambar Ihsan PDRM

KUANTAN – Seorang peniaga nasi lemak berdepan detik cemas apabila kedai makannya dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam kejadian di Inderapura, Jerantut pada pukul 9.30 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Zukri Muhammad berkata, mangsa, Wan Azmi Wan Ibrahim, 42, bagaimanapun hanya mengalami kecederaan di bahagian bahu.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila pemandu kereta iaitu seorang wanita berusia 22 tahun dikatakan mengalami sawan dan hilang kawalan terhadap kenderaan dipandunya.

“Ketika kejadian, tiada pelanggan di dalam kedai dan pemilik kedai makan sedang berkemas.

“Pemandu kereta itu turut melanggar sebuah kereta jenis Perodua VIVA milik pemilik kedai yang diletakkan di hadapan kedai terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian terbabit dan kedua-dua mangsa telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk diberikan rawatan susulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast