Aaron Aziz

KUALA LUMPUR – Pelakon, Datuk Aaron Aziz bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah agensi pengurusan umrah sekiranya masih berdegil daripada membayar hutang sebanyak RM65,000 kepadanya.

Aaron atau nama lengkap Aaron Mustapha Aziz, 49, berkata, amaran tersebut dikeluarkan selepas mendapati pihak terbabit cuba mengelak untuk berurusan dengannya bagi menyelesaikan bayaran tersebut.

“Kepada P*rsad* Gl*bal H*lid*ys, hutang saya sebanyak RM65,000 masih belum selesai lagi.

“Saya sudah telefon tapi tidak berjawab, mesej tak dibalas. Pihak awak menghilangkan diri. Tolong selesaikan hutang saya secepat yang mungkin. Berjumpa dengan saya dan jangan hilang,” katanya dalam sebuah video TikTok di sini.

Aaron menambah, agensi tersebut juga telah melanggar syarat dalam surat perjanjian yang ditandatangi sebelum ini.

Enggan lagi memberi muka, bintang KL Gangster itu juga akan mengambil tindakan undang-undang kepada agensi tersebut

“Kontrak sudah tanda tangan untuk membuat bayaran secara ansuran tetapi tidak amanahkan pembayaran,” ujarnya.

Mac lalu, Aaron meluahkan rasa apabila mengalami kerugian hampir RM90,000 dakwa ditipu sebuah agensi pengurusan umrah.

Lebih teruk, dia juga tidak menerima bayaran gaji hasil kerjasama dengan pihak berkenaan.

Kerugian hampir RM90,000 tersebut bagi menampung kos pembiayaan melibatkan 40 orang jemaah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast