PEKAN – UMNO Pekan mendesak agar prosiding semakan kehakiman mengenai Titah Adendum di peringkat Mahkamah Tinggi dapat diteruskan.
Ketua UMNO Bahagian Pekan, Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff berkata, perlaksanaan Titah Adendum yang tertangguh lebih 16 bulan umpama keadilan yang telah dinafikan kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak serta melambatkan haknya untuk mendapatkan keadilan.
“Malah perlu ditegaskan bahawa kewujudan Titah Adendum yang bertarikh 29 Januari 2024 tersebut telah disahkan oleh pihak Majlis Kesultanan Pahang melalui surat bertarikh 4 Januari 2025.
“UMNO Pekan berharap agar perlantikan Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai Ketua Hakim Negara yang baru akan memandang serius perkara ini demi menjamin prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.
“Keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan negara akan semakin terhakis sekiranya rakyat merasa ragu dengan proses perundangan yang dijalankan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan bantuan Inisiatif Makmur Pahang di Kampung Padang Geruda, di sini, petang tadi.
Katanya, UMNO Pekan menghargai kesepakatan Ketua-ketua UMNO Bahagian seluruh negara yang telah berkumpul pada 17 Julai lalu bagi menzahirkan sokongan dan solidariti terhadap Mohd Najib serta mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil tanggungjawab penuh bagi melaksanakan Titah Adendum tersebut.
“Semoga beliau akan menerima hadiah yang berupa kemenangan dan kebebasan sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke 72 pada 23 Julai nanti,” ujarnya. – MalaysiaGazette

















kalau boleh mereka ingin Najib dibebas kan terus . tapi mereka juga berkata menuntut keadilan . apa kah selama ini Najib di hukum dengan tidak adil? . apa kah hakim2 bersikap tidak adil? . mustahil . hakim ada lah satu propesen yang amat mulia dengan keadilan dan bijaksana .
kebelakangan banyak mereka pertikai keputusan hakim . hingga membuat rayuan dan semakan kehakiman . aku rasa undang2 patut ada kan satu badan tambahan . badan semakan keputusan hakim . apabila berlaku pertikaian badan ini patut siasat kebenaran pehak mana . kalau hakim tidak adil . hukum lah hakim itu . tapi kalau orang yang pertikai kan keputusan itu tidak patuh . ingkar hukuman . maka hukum lah mereka walau pun satu badan besar seperti persatuan . denda Mera seratus ribu atau lebih atau penjara 10 tahun . supaya mereka dapat belajar keadilan