KUALA LUMPUR – Stesen radio, Suria FM mengumumkan penyertaan pelakon, pelawak dan personaliti serba boleh, Fad Bocey sebagai penyampai baharu segmen Morning Morning Suria bermula hari ini.
Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Mohd Nizam bergandingan bersama Ajak setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi membawakan kombinasi energi dan elemen hiburan yang dapat menyuntik nafas baharu dalam segmen pagi Suria.
Sementara itu, Kai Hassan kini kembali bersama Chiwan dalam Segmen Suria Petang setiap Isnin hingaa Jumaat dari pukul 3 petang hingga 7 malam,” kata Suria FM dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Fad sebelum ini pernah bersama dengan Hot FM mengendalikan segmen Hot Squad bersama Fizi Ali.
Fad meninggalkan Hot FM pada Januari 2023 selepas menyertai stesen radio itu pada 1 Mac 2021. – MalaysiaGazette
















