Lokasi kejadian.

MELAKA – Seorang lelaki cedera parah selepas dipercayai ditikam abangnya dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kandang Permai, Kandang, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 12.15 pagi itu, mangsa lelaki berusia 35  tahun sebelum itu dikatakan bergaduh dengan abangnya, 38 tahun sebelum berakhir dengan mangsa ditikam suspek.

Bagaimanapun, suspek dikatakan sempat menelefon ambulans untuk membawa adiknya itu yang parah ke Hospital Melaka.

Polis kemudian menahan suspek di lokasi kejadian untuk permohonan reman di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh, pagi ini.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast