KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia dan JPMorganChase mengumumkan bahawa semua perkara berkaitan 1MDB telah diselesaikan.
Di bawah penyelesaian tersebut, JPMorganChase, tanpa pengakuan liabiliti, akan menyumbang sebanyak RM1.4 bilion (AS$330 juta) ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Aset Malaysia.
“Perjanjian penyelesaian ini merungkai semua tuntutan sedia ada dan berpotensi serta mengikat kedua-dua pihak daripada membuat sebarang tuntutan atau litigasi pada masa hadapan yang berkaitan dengan 1MDB,” kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, kedua-dua pihak juga akan menarik balik semua rayuan yang masih berjalan berkaitan saman yang sebelum ini difailkan oleh 1MDB terhadap J.P. Morgan (Switzerland) Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. -MalaysiaGazette
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















