Wan Azlan Wan Mamat.

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengambil keterangan daripada 32 individu setakat ini berhubung siasatan kes kematian seorang wanita 20-an yang ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu rumahnya di USJ 2/1, Subang Jaya, pada 14 Ogos lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, siasatan masih giat dijalankan bagi mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian tragis itu.

“Belum ada sebarang tangkapan dibuat, namun setakat ini seramai 32 orang telah dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan ringkas, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/08/17/remaja-wanita-ditemui-meninggal-dunia-dipercayai-dibunuh/

Media sebelum ini melaporkan hasil bedah siasat yang dilakukan pakar patologi Hospital Serdang sebelum ini mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan di sekitar tulang hyoid (tulang leher).

Selain itu, pemeriksaan lanjut turut menemui kecederaan pada otot dan tulang mangsa yang konsisten dengan perbuatan cekik menggunakan tangan (manual strangulation).

Polis sebelum ini memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek pembunuhan tersebut adalah individu yang dikenali rapat oleh mangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast