FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Malaysia percaya semangat dialog, diplomasi dan persefahaman adalah jalan terbaik untuk menjamin keamanan dan kestabilan serantau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru agar segala isu yang timbul dibawa ke meja rundingan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama (JBC).

“Petang tadi saya telah bercakap dengan sahabat saya, Perdana Menteri Thailand TYT Anutin Charnvirakul, untuk melakukan kunjungan ke Malaysia selepas beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai Perdana Menteri Thailand.

“Kunjungan itu antaranya bagi mempererat hubungan baik kedua-dua negara berjiran.Kami membincangkan mengenai perkembangan terkini di sempadan Thailand-Kemboja,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Anwar menekankan penting bagi semua pihak mengekalkan ketenteraman dan tidak membiarkan sebarang perbezaan mencetuskan ketegangan yang tidak perlu. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast