KUALA LUMPUR – Hampir 10,000 MyKad yang cipnya rosak telah diganti di seluruh Malaysia sejak perdana menteri mengumumkan pelaksanaan BUDI95, kelmarin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, lazimnya, setiap hari sekitar 1,000 penggantian dibuat di seluruh negara.
Namun, angka ini melonjak naik hanya dalam tempoh dua minggu ini sahaja.
“Alhamdulillah nampaknya rakyat Malaysia dah mula bersedia untuk menikmati subsidi bersasar BUDI95 ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook.
Menurutnya, Kerajaan Madani menanggung kos sekitar RM714,000 melalui inisiatif ini apabila kementerian mengecualikan bayaran RM10 untuk penggantian cip yang rosak dalam tempoh 23 September hingga 7 Oktober 2025.
“Namun kami bangga kerana menjadi agensi yang menyokong kejayaan BUDI95.
“Ini penting bagi memastikan MyKad kekal sebagai dokumen sah untuk membezakan warga dan bukan warga, sekali gus membantu menjayakan dasar subsidi bersasar khusus untuk rakyat Malaysia,” ujarnya. – MalaysiaGazette
















