Foto: DBP

KANGAR – Sasterawan negara Rejab Ismail atau dikenali dengan nama pena Rejab F.I  meninggal dunia di rumahnya di Tanjung Gorah, Repoh dekat sini hari ini.

Setiausaha I Persatuan Penulis Perlis, Noor Zaidi Hamad berkata, Rejab, 84, meninggal dunia kira-kira 4 pagi tadi.

“Saya difahamkan arwah akan dikebumikan selepas solat zuhur di tanah perkuburan Islam di Tanjung Gorah,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Noor Zaidi berkata, beliau mengetahui penulis kelahiran negeri Perlis dan penerima Anugerah Sastera Asia Tenggara 2016 itu menghidap penyakit darah tinggi dan jantung. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast