KUALA LUMPUR – Sistem penjejak dan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) mendapati kapal Mikeno dilihat berada di kawasan perairan Gaza namun laluannya tidak menepati pergerakan biasa kapal layar.
Malah menurut Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM) Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, penduduk Gaza juga tidak dapat melihat bot berkenaan dari pantai.

“Maklumat paling sahih berkenaan Mikeno ialah CC GSF tak dapat memastikan situasi akhirnya.
“Bot berada di lokasi tetapi tak dapat dipastikan sama ada peserta masih berada di dalamnya.
“Penduduk di Gaza pun tak dapat melihat bot ini dari pantai. Apa pun, tak perlu bimbang kerana inshaAllah mereka semua selamat,” katanya menerusi hantaran terkini di Facebooknya, hari ini.
Beliau yang juga peneraju Sumud Nusantara berkata, kapal Mikeno dinaiki peserta dari Brazil, Turkiye, Netherland, Norway, Amerika Syarikat dan Sepanyol.
Satu-satunya rakyat Malaysia yang berada di dalam kapal tersebut adalah Ardell.
“Kalau bot ni betul dapat cecah pantai Gaza, saya isytiharkan Ardell sebagai wali Gaza baru dekad ini!” ujarnya lagi. -MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN
Tak dapat dihubungi, kapal bawa Ardell hampiri Pelabuhan Gaza
















