Logo FAM

KUALA LUMPUR – Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan telah menerima dokumen penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berhubung keputusan tatatertib berkaitan isu dokumentasi kelayakan tujuh pemain kebangsaan.

Dengan penerimaan dokumen ini, FAM akan mengemukakan rayuan secara rasmi melalui saluran undang-undang yang ditetapkan, katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

FAM berkata, semua dokumen serta bukti sokongan berkaitan isu ini telah lengkap sepenuhnya dan sedia untuk dikemukakan kepada FIFA dengan kadar segera melalui saluran rasmi.

Tambahnya, FAM memandang serius beberapa kesimpulan, khususnya dakwaan bahawa para pemain “memperoleh dokumen yang dipalsukan” atau dengan sengaja berusaha untuk mengelakkan peraturan kelayakan.

FAM menegaskan, tiada sebarang bukti yang menyokong dakwaan ini telah dikemukakan oleh FIFA.

Bahkan, segala dokumentasi dan penyerahan berkaitan kelayakan pemain telah disediakan, disahkan, dan diuruskan sepenuhnya oleh FAM mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Pada setiap masa, para pemain bertindak dengan penuh niat baik, bergantung sepenuhnya kepada proses pengesahan dan pendaftaran yang dijalankan oleh FAM,” katanya.

Artikel berkaitan: Tiada bukti menyokong dakwaan ‘pemain peroleh dokumen dipalsukan’ dikemukakan FIFA – FAM

KBS tunggu keputusan rayuan kepada FIFA, enggan isu sama berulang – Hannah

FAM masih tunggu dokumen penuh keputusan penghakiman, proses rayu belum mula

Ultra Malaya minta FAM, KDN, JPN perjelas mengenai permohonan pemain warisan

FAM tidak perlu khuatir jika ikut perlembagaan – Saifuddin

Wujud kesilapan teknikal dalam proses penyerahan dokumen pemain warisan – FAM

MAHAR kecam FIFA, sifatkan tindakan terhadap FAM hipokrasi nyata

Dakwaan dokumen palsu babitkan FAM, 7 pemain bukan bidang kuasa SPRM

Tindakan FIFA lebih besar dari sekadar `kesilapan teknikal’ FAM – MCW

Palsukan dokumen: PN tuntut penjelasan FAM, Menteri Sukan

FAM rayu guna saluran perundangan pertahan hak pemain  

Malah, FAM berpendapat gambaran ini adalah tidak tepat serta tidak adil, dan perkara ini akan dibangkitkan secara menyeluruh melalui proses rayuan rasmi.

Jelasnya, ia kekal komited untuk mempertahankan kepentingan bola sepak negara, melindungi hak para pemain, serta memastikan proses ini berjalan dengan telus dan mengikut peraturan dan FAM akan menggunakan segala saluran undang-undang yang ada untuk memperjuangkan kes ini.

“FAM juga ingin menegaskan kes ini melibatkan dan mengandungi maklumat rasmi berhubung prosedur Kerajaan Malaysia bagi pengeluaran dan pengesahan pasport. Selaras dengan peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pasport 1966, sebarang pendedahan berkaitan bahan atau proses tersebut tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali,” ujarnya.

Justeru, FAM terikat secara undang-undang untuk mengekalkan kerahsiaan terhadap elemen-elemen tersebut.

Oleh itu, FAM hanya akan berkongsi maklumat berkenaan dengan pihak FIFA bagi tujuan kes ini sahaja. – MalaysiaGazette

FIFA denda FAM, gantung 7 pemain warisan kemuka dokumen palsu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast