Mustaqqeem Mansoor dari Sungai Petani, Kedah ditemukan pada 3.30 petang di puncak Gunung Liang Barat.

KUALA LUMPUR – Dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) ditahan susulan penemuan seorang lelaki yang meninggal dunia ketika mendaki Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam.

Timbalan Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, kedua-dua lelaki yang berusia 41 dan 50 tahun itu ditahan Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk) selepas mendapati mereka telah memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran sah.

Menurutnya, siasatan mendapati, kumpulan pendaki terbabit bersama mangsa diiringi dua malim gunung itu memulakan pendakian di kawasan Bentong, Pahang dan turun di Muallim sebelum menyedari kehilangan mangsa.

“Tangkapan terhadap dua malim gunung ini dilakukan kerana permit yang mereka peroleh hanya sah untuk masuk dan keluar di daerah yang sama dengan tempat permulaan pendakian iaitu di Bentong, Pahang.

“Namun, apabila mereka turun di sebelah Muallim, mereka telah memasuki kawasan hutan simpan tanpa permit yang sah.

“Oleh itu, tangkapan telah dilaksanakan oleh JPNPk atas kesalahan memasuki atau berada di kawasan hutan simpan tanpa permit atau kelulusan yang sah,” katanya, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN

https://mgperak.com/pendaki-hilang-ditemukan-maut-di-puncak-gunung-liang/

Terdahulu media melaporkan, seorang lelaki yang  dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki gunung dari Bukit Fraser Pahang ke Gunung Liang sejak dua hari lalu ditemukan maut petang semalam.

Mangsa dikenali sebagai Mustaqqeem Mansoor, 34, dari Sungai Petani, Kedah, ditemukan tidak sedarkan diri di puncak puncak Gunung Liang Barat kira-kira jam 3.30 petang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Katanya, mangsa dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti mendaki gunung bersama 10 rakan lain sejak 10 Oktober lalu.

Kali terakhir mangsa dilihat berada bersama kumpulannya pada jam 10.30 malam, pada Selasa, di puncak Gunung Liang Barat dalam keadaan sakit kaki dan berjalan perlahan. -MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast