Ustazah Asni embali bergelar isteri kepada lMounir Abdul Kareem Kaddoura yang berketurunan Palestin. 

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustazah Asni Abu Mansor mengumumkan dia kembali bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Mounir Abdul Kareem Kaddoura yang  berketurunan Palestin dan merupakan warganegara kelahiran Amerika Syarikat (AS).

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh Asni menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya pada awal pagi ini.

Dalam perkongsian tersebut, Asni meluahkan rasa syukur apabila dipertemukan jodoh yang sudah ditakdirkan untuknya.

“Ada ketentuan yang tertulis. Ada takdir yang terlukis. Sakinah, Mawaddah wa Rahmah. Secara sah saya zaujah kepada Mounir Abdul Kareem Kaddoura. Terima kasih atas doa yang baik-baik.

“Suami saya Palestin, warga AS,” tulisnya.

Bagaimanapun, pendakwah selebriti itu tidak mendedahkan tarikh sebenar majlis pernikahan mereka.

Ustazah Asni turut berkongsi video berdurasi pendek memaparkan beberapa foto bersama suami antaranya mereka berdua tampil sedondon mengenakan pakaian biru turquoise dalam suasana penuh sederhana namun bermakna.

Ibu kepada empat cahaya mata itu turut memaklumkan perkahwinannya berlangsung dengan penuh kesyukuran dan berharap agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia di bawah lindungan rahmat Allah.

Ustazah Asni yang berasal dari Gemas, Negeri Sembilan dikenali sebagai antara pendakwah wanita yang aktif menyampaikan kuliah agama di televisyen dan media sosial, selain sering diundang memberi ceramah di seluruh negara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast