Nedim Nazri atau lebih dikenali sebagai Boss Ned bersama tiga anaknya. Ihsan Foto : Laman Sosial Boss Ned

KUALA LUMPUR – Bekas suami Nora Danish,  Nedim Nazri Aziz meluahkan rasa marah dan kecewa selepas mendakwa terdapat individu yang cuba mengganggu anaknya.

Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned menegaskan, kasih sayang terhadap keluarga tidak wajar diuji dan beliau akan bertindak tegas sekiranya perkara itu melibatkan anaknya.

“Saya ini senang sahaja, jangan main (ganggu) anak saya. Kalau main dengan anak saya, saya bantai sampai kurus. Kalau nak cuba, mari hantar ke sini, kita lawan. Anak saya adalah segalanya.

“Orang boleh berkata apa sahaja kepada saya, tapi bila melibatkan anak, saya seperti ibu bapa lain akan bertindak tegas.

“Kalau tidak berpuas hati boleh bawa ke mahkamah, banyak perkara yang saya ingin kemukakan,” tulisnya dalam satu hantaran, semalam.

Dalam hantaran sama, Nedim turut memuat naik beberapa kenyataan lain yang dipercayai ditujukan kepada seorang individu wanita yang didakwa berpura-pura baik di sebalik penampilan berhijabnya.

“Saya seorang yang jauh dari alim, semoga contoh saya mendirikan solat menunjukkan sesuatu yang baik kepada anak. Tapi jangan jadi yang konon solat tiap hari, tapi bawa balik lelaki ke rumah.

“Jangan percaya kalau orang itu pakai tudung. Bukan semua, tapi memang ada yang penipu,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran itu mengundang pelbagai andaian dan perbincangan dalam kalangan warganet yang cuba meneka individu yang menjadi sasaran kenyataannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast