Kapal Coral Adventurer. Gambar hiasan

MELBOURNE- Pelayaran selama 60 hari di sekitar Australia telah dibatalkan beberapa hari selepas kematian seorang penumpang wanita warga emas ditinggalkan oleh kapal di sebuah pulau terpencil.

Suzanne Rees telah mendaki di Pulau Lizard bersama rakan-rakan penumpang dari Coral Adventurer, tetapi terpisah daripada kumpulan itu untuk berehat.

Kapal itu kemudian berlepas tanpanya dan kembali beberapa jam kemudian selepas kru menyedari wanita itu hilang.

Operasi pencarian besar-besaran menemui mayatnya pada keesokan harinya.

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (Amsa) sedang menyiasat kejadian itu, bersama Polis Queensland dan koroner negeri.

Ketua Pegawai Eksekutif pengendali pelayaran Coral Expeditions, Mark Fifield, berkata, penumpang dan kru di Coral Adventurer diberitahu baki pelayaran telah dibatalkan disebabkan oleh “pemergian tragis Suzanne Rees dan masalah mekanikal sebelumnya”.

Beliau menambah, penumpang akan diberikan bayaran balik penuh, dan Coral Expeditions sedang berusaha “untuk menyelaras perjalanan pulang penumpang melalui penerbangan sewa khas.”

Amsa juga mengeluarkan kenyataan terkini pada hari Sabtu, dengan mengatakan telah “mengeluarkan notis kepada nakhoda kapal yang melarang mana-mana penumpang baharu menaiki kapal.

Kapal itu pada mulanya meninggalkan bandar barat laut itu pada 24 Oktober, dan hanya dua hari pelayaran pada masa kematian wanita berusia 80 tahun itu.

Pulau Lizard merupakan perhentian pertama dalam perjalanan itu.

Penumpang di atas kapal yang membayar puluhan ribu dolar untuk menyertai pelayaran diangkut ke sana untuk perjalanan sehari dengan pilihan mendaki atau snorkeling.

Pulau Lizard, yang terletak di luar pantai Queensland, Australia dikelilingi perairan biru kehijauan dan terumbu karang.

Coral Adventurer menampung sehingga 120 tetamu dengan 46 anak kapal dibina khas untuk mengakses kawasan terpencil di pantai Australia dan dilengkapi dengan “tender” bot kecil yang digunakan untuk membawa penumpang dalam lawatan sehari.

Insiden seperti ini jarang berlaku kerana kapal persiaran mempunyai sistem untuk merekodkan penumpang yang menaiki atau turun. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast