File picture

SARAJEVO – Jumlah kematian akibat kebakaran rumah jagaan Bosnia awal bulan ini meningkat kepada 15 orang, selepas sebuah hospital mengesahkan dua lagi mangsa telah meninggal dunia akibat kecederaan.

Kebakaran itu berlaku di tingkat tujuh rumah jagaan di di bandar Tuzla di timur laut, kira-kira 80 kilometer (50 batu) di timur laut Sarajevo pada petang 4 November lalu.

Kebanyakan penghuni bangunan itu adalah warga emas yang sakit dan terlantar di atas katil.

Lima orang lagi masih dirawat di Pusat Klinikal Universiti Tuzla, dua daripada mereka dalam keadaan serius, kata pusat itu.

Seramai 11 orang meninggal dunia pada malam kejadian, kebanyakannya akibat terhidu asap, menurut keputusan bedah siasat.

Mangsa lain kemudian meninggal dunia di hospital.

Pendakwa raya pada hari Jumaat berkata, pakar telah mengenal pasti punca kebakaran itu sebagai kabel kuasa radio yang rosak di bilik penghuni.

Lebih 30 orang, termasuk pegawai polis dan anggota bomba, cedera dalam kebakaran itu. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast