Seorang pemuda maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 182.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah utara, Jasin, Melaka pagi tadi.

JASIN – Seorang pemuda maut manakala seorang lagi cedera selepas sebuah kereta dinaiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 182.7 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah utara, di sini pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.50 pagi.

Menurutnya, Pasukan Keluaran Operasi (PKO) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin Bestari diketuai Komander Operasi, Pegawan Bomba Kanan I Abdul Razak Taat bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.

“Sebaik tiba, didapati seorang mangsa lelaki berusia 20 tahun berjaya keluar sendiri dari kenderaan jenis Honda Civic dan diberikan rawatan awal oleh pegawai Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum dibawa ke hospital.

“Seorang lagi mangsa berusia lingkungan 20-an bagaimanapun didapati tersepit di bahagian tempat duduk penumpang dan pihak bomba menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkannya,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa yang berjaya dikeluarkan bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak KKM sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.18 pagi,” katanya.

Operasi melibatkan lapan anggota dengan bantuan jentera sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

“Pihak polis dan pasukan perubatan turut berada di lokasi bagi tindakan susulan.

“Mangsa yang maut kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast